Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hizbullah mengumumkan berita kesyahidan 4 pejuangnya yang gugur di bumi Syria, semalam (Khamis).
Menurut pengumuman tersebut, Sajid Hamad dan Qasim Muhammad Sulaiman berasal dari Kfar Tebnit, Selatan Lubnan telah gugur dalam pertempuran dengan pengganas Takfiri di Syria ketika mempertahankan kawasan Haram Ahlul Bait (a.s).
Sementara itu dua pejuang lain yang bernama Fadi Abdullah Masrah dari kota Marzi Zita dan Hasan Adnan Hamadi dari Nabtiyah Selatan gugur syahid ketika bertugas.
Perarakan jenazah mereka akan dilangsungkan pada petang ini di Lubnan.

Syahid Fadi Abdullah Masra

Syahid Sajid Hisham Hamad

Syahid Qasim Muhammad Sulaiman

Syahid Hasan Adnan Hamadi